Pages

Saturday 6 August 2011

Khalid Hilang Jawatan MB Selangor

TINDAKAN MB Selangor mengarahkan semua exco tutup mulut kerana dia pun terima arahan dari orang bawahannya, jika tidak dia akan kehilangan jawatannya sebagai MB Selangor,  sapa lagi kalau tak MB Selangor secara tak rasmi Teresa Kok.
PAS - Parti Ambiga Srevenesan
Teresa Kok tahu jika perkara ini dibiarkan, ia boleh menyebabkan kerajaan pakatan rakyat akan terbelah dua, silap -silap runtuhlah kerajaan pakatan rakyat di Selangor kerana isu yang berlaku adalah isu yang sensitif pada orang Melayua, hanya Khalid Samad sahaja yang tidak sensitif.

Seperti diketahui umum, walaupun negeri pakatan rakyat diketuai oleh orang Melayu, tapi mereka ini boneka sahaja, mereka sebenarnya terpaksa ikut telunjuk DAP, contoh paling jelas ialah di Selangor, dan paling memalukan Kedah yang diperintah pun terpaksa ikut cakap DAP, walaupun DAP hanya ada satu kerusi di Kedah.
PKR - Parti Koyak Rabak

Itulah besarnya pengaruh DAP dalam politik pakatan rakyat, malah Anwar Ibrahim yang jadi Ketua Pembangkang pun ikut telunjuk DAP, Pas apa lagi sudah lama dicucuk hidung oleh DAP, kalau tak, takkan tukar daripada sebuah parti yang memperjuangan negara Islam dan tukar kepada negara kebajikan.

Sebab isu serbu gereja, Pas pusat berdiam diri, malah Pas Selangor terpaksa menyanggah kenyataan bekas Pesuruhanjaya Pas Selangor, Hasan Ali yang juga exco kerajaan negeri dengan menyatakan itu adalah pendiriannya bukan kenyataan Pas Selangor.


Arahan MB Selangor itu, bukan arahan Khalid tetapi arahan Teresa Kok, Khalid ikut perintah kerana khuatir hilang jawatan dan diberi kepada Azmin.

Friday 5 August 2011

What is the Navbar? - Blogger Help

What is the Navbar? - Blogger Help

Kalau Dah Kemarok, Tahi Ayam Pun Wangi

Cantik Tapi Busuk

TINDAKAN  Anwar Ibrahim burukkan negara bukan perkara baru, itu semua dah jadi darah daging, Anwar ini sudah mabuk kemaruk, kemaruk dan mabuk nak jadi PM, macam orang bercinta, kalau tak dapat tengok tuannya, dapat tengok bumbung rumahnya pun jadilah.

Begitu juga dengan Anwar, bila dia kat luar negara dia perasan dia PM, sebab orang sambut dan beri peluang kat dia, so dia jadi perasanlah  di seperti PM, sebab tu dia cakap macam PM tapi dengan nada lain, iaitu buruk-burukkan negara.

Wangi  Untuk Yang Kemaruk
Orang kemaruk ini boleh dianggap macam orang hisap dadah, kalau nak barang tu sanggup lakukan apa sahaja, keluarga sendiri sanggup dibunuh, isteri sanggup dilacurkan, apa sahaja yang boleh datangkan duit untuk beli dadah.

Begitu juga dengan nasib Anwar, sebab terlalu kemaruk nak jadi PM, dia sanggup lakukan apa sahaja, mereka yang mengalami sindrom ini bolehlah dianggap sedang menghadapi tekanan jiwa.

Pesakit sebegini, boleh berlakon apa sahaja untuk dapat perhatian, malah sanggup berlakon nak bunuh diri supaya kekasihnya terima dia, macam cerita hindustan.

Manakala penyokong setianya juga boleh dianggap sebagai pesakit kemaruk dan mabuk, kemaruk dan mabuk nak tengok Anwar jadi PM, jadi apa Anwar cakap semuanya diikut, semuanya benar. "Tahi Ayam Yang Busuk Tu, Kalau Anwar Kata Wangi, Pengikut Setianya Bukan Saja Kata Wangi Malah Harum. 

   

SimplySiti Tidak Halal (Renungan Bersama)

SimplySiti Tidak Halal Disahkan Oleh Jakim

by THEGARANG on JULY 16, 2011
Banyak syarikat di Malaysia ni yang dah ditarik balik dan disahkan tak HALAL oleh JAKIM. Melalui surat yang di keluarkan oleh JAKIM ni, banyak syarikat yang disenarai hitamkan oleh jakim kerana masalah ramuan yang terdapat dalam bahan yang dijual tersebut. Termasuklah produk penyanyi No 1 negara iaitu SIMPLYSITI yang dikatakan mengandungi BULU BABI.
Adakah perkara ini hanya fitnah?? Tidak sama sekali kerana ini adalah lampiran dan senarai  yang dikeluarkan oleh JAKIM sendiri. Takkanlah syarikat berjaya seperti simplysiti tu ada org nak kondem? Bukan org lain pun, org melayu kita jugak kan. Jom kita tengok sejauh mana kebenaranya :
Ini bukti lampiran senarai syarikat yang dikeluarkan oleh Jakim:
Mamee Tidak Halal
SimplySity tidak halal
Halal ni bukan makna tak boleh makan je. Halal ni maknanya dalam ramuan tersebut mengandungi bahan campuran yang tidak halal.
Update terbaru mengatakan produk Simplysiti hanya berusnya sahaja yang mengandungi bulu babi. Kita cadangkan dorang ambik bulu kambing plak ye? amacam?
Antara syarikat lain yang tidak halal boleh diperiksa di SINI
The Garang: Segala senarai ini adalah sah dikeluarkan oleh JAKIM sendiri
Credit Gambar kepada sazuya.blogspot.com

Kek dan Biskut Sarawak Halal

DEWAN Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) memberi jaminan produk roti bun dan biskut yang  dikeluarkan oleh usahawannya disahkan halal kerana tiada produk 'Golden Churn Creamy Butter' digunakan.


Presiden DUBS Datuk Abang Helmi Ikhwan berkata bumiputera yang mengusahakan roti bun dan biskut yang membekalkan makanan itu ke sekolah dan pejabat kerajaan tidak pernah menggunakan produk tersebut kerana harganya yang mahal dan akan mempengaruhi harga sebenar roti bun serta biskut.

"Bagi kek lapis pula, hasil tinjauan semalam bersama dengan Persatuan Pengilang Bumiputera Sarawak (Pengasas), kita dapati majoriti pengusaha kek lapis di sini tidak menggunakan 'Golden Churn Creamy Butter' kerana harganya yang mahal," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata hanya segelintir pengusaha yang pernah menggunakan produk tersebut tetapi menghentikannya serta-merta kerana faktor haram dan kos yang tinggi.

"Ada yang telah mengambil tindakan untuk menyamak peralatan yang mereka gunakan agar tiada keraguan di pihak pengguna," katanya.

Bagaimanapun, Abang Helmi mengakui industri kek lapis Sarawak bakal menerima impak yang besar terutama sekali jumlah jualan berikutan pengesahan 'Golden Churn Creamy Butter' sebagai haram kerana mengandungi DNA babi.

"Setakat ini terlalu awal untuk membuat penilaian sebenar dan ini hanya dapat dipastikan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak," katanya.

Mengenai kekeliruan yang bakal dihadapi berikutan produk tersebut yang tidak disahkan sebagai haram di Singapura dan Brunei, beliau berkata adalah terbaik bagi usahawan negeri ini untuk mematuhi segala arahan daripada kerajaan bagi mengelak sebarang kerugian.

Presiden Pengasas Dawi Abd Rahman berkata pengguna tidak perlu bimbang dengan status halal yang dimiliki oleh anggota persatuan berkenaan.

Beliau berkata sijil halal itu dikeluarkan kepada mereka oleh Jabatan Agama Islam Sarawak dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Jurutera Perunding Jual Mercun

SEORANG Jurutera Perunding di Kangar. Perlis ditahan polis kerana menjual mercun dianggarkan bernilai RM3,000 di kediamannya.

Ketika serbuan, polis temui mercun di bilik tidur dan dapurnya, suatu kerja yang tak berbaloi kerana nilainya RM3,000.00 tapi kena denda RM10,000.00 tak berbaloi, silap-silap kena masuk penjara.

Yang sedihnya, mangsa mercun adalah kanak-kanak, terutamanya di bulan Ramadan ni.

Thursday 4 August 2011

Khalid Bela Gereja, Sanggah Tindakan Jais

AHLI Parlimen Shah Alam, Khalid Samad nampaknya terus cuba mempopularkan dirinya di kalangan bukan Islam apabila menyanggah tindakan  Exco tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Hasan Ali berhubung tindakan JAIS menyerbu Gereja yang disyaki menjalankan aktiviti meragukan terhadap orang Islam.

Kita nak tahu apa nak jadi dengan Khalid Samad ini, bukanlah pertama kali beliau berperangai sebegini, malah sebelum ini beliau sekali lagi cuba menjadi juara dalam isu  penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Khalid adalah antara pemimpin Pas yang menyokong penggunaan kalimah berkenaan yang turut diperjuangkan oleh Ketua Pembangkang,  Anwar Ibrahim yang menjadi idola perjuangan Khalid.

Perkembangan ini adalah suatu yang amat menyedihkan, apabila orang Islam sekarang nampaknya beria-ia berjuang untuk masyarakat bukan Islam sedangkan agama sendiri diperlekehkan. 

Apaklah pemimpin sebegini yang kita harapkan untuk memperjuangan agama dan bangsa kita, siapakah lagi yang harus kita harapkan jika tidak kepada orang Islam dan Melayu. .

Pemurah Bawa Punah

PENDEDAHAN Utusan Malaysia kegiatan pihak tertentu mempergunakan anak yatim sebagai ‘peminta sedekah’ perlu diberi perhatian terutamanya ketika bulan Ramadan ini, sememangnya bulan Ramadan umat Islam digalakkan berseddekah tetapi pasti sedekah itu sampai kepada yang memerlukan.

Ungkapan yang sering digunakan kepada kita ketika meminta sedekah adalah “bang nak seringgit, nak makan” cuba nada bayangkan kalau dia bertemu dengan 1,000 dengan ungkapan yang sama.

Memang seringgit tidak mempunyai nilai yang besar, tetapi seringgit itu mampu menjadi manusia terus melakukan kerja terkutuk dengan mempergunakan orang lain terutamanya kanak-kanak untuk mengemis.

Kejadian yang tak dipercayai apabila mengekori seorang pengemis yang menggunakan kanak-kanak `bank in’ duit kutipan kira-kira RM1,800 hasil kutipan separuh hari selepas beroperasi di sebuah masjid selepas solat  Jumaat.

Bukan cemburu dengan apa yang diperolehi tetapi sakit mata apabila golongan ini semakin ramai, di manakah pihak berkuasa untuk membenteras masalah ini, apa yang berlaku mereka ini bekerja hangat-hangat taik ayam.

Kita tak mahu perbuatan segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab menjadi satu industri yang boleh mengamcam keselesaan, kestabilan dan keharmonian hidup yang kita nikmati atas kemakmuran yang dikecapi.

Kepada yang bertanggungjawa, terutamanya Pak Menteri dan Ibu Menteri lakukan tindakan jangan hanya asyik membuat statement tapi tiada tindakan, jangan jadi Menteri Statement.

Melayu Bakal Senasib Seperti Di Singapura

KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR  4 Ogos – Orang Melayu di negara ini perlu sedar bahawa mereka juga akan menerima nasib sama seperti saudara mereka di Singapura jika membiarkan negara ini di perintah oleh pembangkang.

Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman berkata untuk memastikan orang Melayu di negara ini mengalami nasib serupa, mereka harus memastikan tampuk pemerintahan negara ini tidak terlepas kepada pakatan pembangkang.

“Mungkin apa yang saya katakan ini ada yang akan menganggap sebagai rasis atau berbaur perkauman, tetapi ini adalah kebenaran, lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang, tempat kediaman orang Melayu diambil atas dasar pembangunan.


“Walaupun di Pulau Pinang ada pemimpin Melayu dalam pentadbiran negeri, tapi mereka sebenarnya tidak mempunyai kuasa, mereka ini terpaksa itu telunjuk DAP.

“Malah apa yang berlaku di Kedah baru-baru ini jelas menunjukkan, bagaimana DAP mampu Pas mengikut  telunjuknya  membabitkan isu yang mempunyai kepentingan orang bukan Melayu dan Islam di negeri itu,” katanya kepada UMNO-online.
Menurutnya, dari apa yang berlaku itu menunjukkan bahawa Pas dan PKR tidak mampu untuk memperjuangkan nasib orang Melayu di negara ini malah terpaksa tunduk kepada desakan DAP setiap kali berhadapan dengan isu membabitkan bukan Islam dan bukan Melayu.
Hafizah berkata, bagaimana Pas dan PKR untuk mempertahankan nasib orang Melayu dan Islam di negara ini jika pakatan pembangkang memerintah, sedangkan walaupun mereka mempunyai kuasa namun tidak mampu melaksanakannya.
“Pemimpin pakatan pembangkang pernah menyatakan bahawa jika mereka memerintah negara ini, jawatan Perdana Menteri tetap menjadi milik orang Melayu, tetapi apa guna menjawat jawatan berkenaan tetapi tidak mempunyai kuasa, hanya mengikut perintah sahaja seperti boneka.
“Kita lihat apa yang berlaku ketika pakatan pembangkang memerintah Perak seketika dahulu, walaupun Menteri Besarnya orang Melayu (Mohamad Nizar Jamaluddin) tetapi dia ikut arahan wakil rakyat DAP.

“Nama sahaja Melayu dan Islam tetapi tidak mampu mempertahankan hak bangsa dan agama sendiri, sanggup menjadi alat kepada orang lain asalkan politiknya terus hidup, dan perkara ini juga mungkin berlaku apabila pembangkang perintah negara kita,” katanya.

Beliau berkata, bagi DAP apa yang penting adalah kuasa bukannya jawatan, contoh terbaik adalah di Kedah, walaupun Pas memerintah dan DAP hanya mempunyai satu kerusi DUN, namun mereka berjaya mentadbir negeri itu dari jauh.

“Orang Melayu perlu ingat, DAP lahir daripada PAP, parti yang memerintah Singapura, ramai orang muda tidak mengetahui perkara itu,  apabila PAP memerintah Singapura, kuasa orang Melayu hilang beransur-ansur sehingga Istana Melayu pun tergadai dan kini menjadi muzium mempamerkan sejarah orang Melayu.

“Apakah kita ingin mengalami nasib yang serupa seperti mana dialami oleh saudara-saudara kita di sana, pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang bukanlah pejuang bangsa tetapi berjungan untuk kepentingan peribadi.

“Lihat apa yang berlaku kepada Pas, kerana untuk mendapatkan sokongan dari bukan Melayu, sanggup membuang perjuangan negara Islam dan menganti dengan perjuangan negara berkebajikan kerana ingin duduk semeja dengan DAP dan PKR,” katanya.

Menurutnya, kesedaran perlu ada terutamanya di kalangan generasi muda dan memahami senario politik supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah pembangkang yang sememangnya bercita-cita untuk merampas negara ini.


Katanya, dalam soal pemilihan tampuk pemerintahan, sebarang kesilapan membawa kesan yang amat buruk dan tidak boleh diganti dengan sekelip mata, apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Kedah harus dijadikan iktibar. Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya. 

PEMANDU TEKSI BANTU GOLONGAN TUA

KUALA LUMPUR, - Abdullah Noel, 40, hanyalah seorang pemandu teksi. Namun kewangan yang terbatas bukanlah penghalang bagi beliau melakukan kerja kebajikan yang cukup besar, sehinggakan mereka yang lebih berkemampuan boleh tertunduk malu.

Beliau dan isterinya, Siti Noraini Chelladurai, 37, memeluk Islam pada September 2009. Tidak sampai sebulan selepas itu, dengan hanya berbekalkan iman yang kuat dan ‘kudrat’ yang terhad, pasangan saudara baru ini menubuhkan sebuah rumah kebajikan untuk menjaga golongan bapa tua yang dipinggirkan keluarga.

Pusat Jagaan Siti Noraini, yang dinamakan sempena isteri Abdullah, adalah berdaftar dan diiktiraf oleh hospital kerajaan. Ia terletak di Taman Maju, Kajang, Selangor dan hanya menerima golongan bapa tua yang berpenyakit kronik dan diabaikan anak serta saudara.

Kini terdapat 23 penghuni yang berumur antara 39 dan 84 tahun di rumah jagaan itu.  Mereka ditinggalkan di hospital berbulan-bulan lamanya, mungkin kerana tidak mampu atau keluarga tidak lagi mahu menjaga mereka, yang akhirnya mereka dihantar ke Pusat Jagaan Siti Noraini oleh pegawai kebajikan.

"Ada juga yang dihantar oleh keluarga, namun jarang sekali mereka ini dilawati selepas itu," kata Abdullah ketika ditemubual Bernama.

Bukanlah mudah hendak menjaga orang tua, lebih-lebih lagi bagi Abdullah dan isterinya yang mempunyai empat orang anak dan seorang bayi angkat berumur tujuh bulan.

"Mengenai bayi ini, ia ditinggalkan oleh ibu bapanya di sini ketika berusia tiga hari," kata Abdullah.

Selain berpenyakit kronik, ada juga penghuni yang lumpuh dan mengalami sawan, yang sudah tentu tidak mudah untuk menjaga mereka.  


Namun Abdullah dan isteri berkongsi tenaga menjaga terutama dalam rutin harian seperti makan dan mandi. Mereka mempunyai hanya seorang pembantu dari Sri
Lanka, yang juga seorang saudara baru.

Dengan kos sewa rumah dan utiliti yang semakin meningkat, Abdullah berkata mereka terpaksa berusaha lebih keras untuk memastikan segalanya dapat dibayar.

"Sewa rumah ini sahaja sudah RM700. Kadang-kadang kami dapat bayar, kadang-kadang berhutang sementara. Bil elektrik pula dahulunya sekitar RM1,000 sebulan. Tapi dengan kenaikan tarif, kini ia mencecah RM1,400 sebulan.

"Kami juga menanggung kos lain seperti makanan, barang dapur dan rumah serta ubat-ubatan, yang berjumlah kira-kira RM20,000 sebulan," katanya.

Dalam usaha untuk meringankan beban itu, Abdullah dan isteri sedang mengumpul dana untuk membeli rumah berkenaan dengan harga RM330,000.

Satu majlis berbuka puasa bertujuan untuk mengumpul dana bagi pusat jagaan itu akan diadakan pada Sabtu, 6 Ogos ini di dewan Masjid Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi.

Objektif majlis itu adalah untuk mengumpul sekurang-kurangnya 10 peratus daripada kos rumah itu iaitu RM33,000.

Majlis itu akan bermula dari pukul 6 petang dengan satu ceramah oleh Sheikh Waleed Abdul Hakeem, yang ditaja oleh Institut AlMaghrib.

Harga tiket ialah RM60 (biasa) dan RM100 (VIP).  Sebarang pertanyaan boleh hubungi Fakhri Hamzah di talian 012 281 6364, Jamilah Samian (012 201 5352), Zuhri Yuhyi (012 289 5653), Amar Razali (013 399
8837), PM Dr Hanim Salleh (019 238 8032), PM Dr Norita Mohd Norwawi (019 575 7727), Alia Nadhirah (019 369 5265) atau Mohd Azim (012 641 9466).

Mereka yang tidak dapat menghadiri majlis itu masih boleh memberi sumbangan cke Pusat Jagaan Siti Nor Aini melalui akaun CIMB Islamic Bank nombor 1267-0000233-10-1.  Abdullah dan isteri juga boleh dihubungi di talian 010 253 6750.

Majlis ini dikelolakan bersama oleh beberapa institut dan kumpulan iaitu Institut AlMaghrib ILuvIslam.com, Mercy Mission, Uniten, Young Muslims Project, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Cawangan CUCMS) dan Kolej Ikram di Kajang. - BERNAMA

Wednesday 3 August 2011

Melayu Bakal Hilang Kuasa

Peringatan Seorang Negarawan 


Oleh Mohd Nasri Zakariah


Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini.


Menurutnya, apa yang di nyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri pakatan pembangkang, walaupun ketua pentadbiran di negeri itu di ketuai orang Melayu.
“Kita lihat Nizar (Mohamad Nizar Jamaluddin) di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan dari Dap sehingga dia jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN (Barisan Nasional) menjatuhkan kerajaan Cina.
“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya kepada UMNO-online.
Bekas Perdana Menteri itu mengatakan, walaupun Nizar itu mewakili Pas yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi mereka sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.
Menurutnya, menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak tertakluk kepada orang Melayu atau mereka yang beragama Islam, jawatan berkenaan terbuka kepada sesiapa sahaja, yang utama ialah mendapat sokongan di parlimen.
“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi Perdana Menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.
Dr Mahathir berkata, apa yang dilakukan oleh Keadilan (PKR) bukan untuk memperjuangkan orang Melayu tetapi lebih kepada untuk merealisasikan cita-cita peribadi seseorang pemimpin mereka untuk menjadi Perdana Menteri.
“Malangnya UMNO telah gugur orang ini, dalam perasaan marah peluang dia sudah terputus, dia tubuh parti lain, perjuangannya hanya satu sahaja bukannya untuk bangsa, agama dan negara tapi untuk jadi Perdana Menteri.
“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapa, apa kau dapat, lebih kepada peribadi, itunya terbentuk keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh Keadilan (PKR) seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” katanya.
Beliau mengingatkan supaya tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang, mereka itu hanya untuk mengejar cita-cita menjatuhkan BN dari tampuk pemerintahan negara.
Menurutnya apa yang diperkatakan itu bukannya bersifat perkauman, tetapi kepada kestabilan, sedangkan DAP sering membangkit pelbagai perkara berunsur perkauman sejak dahulu lagi. – MediaUMNO.

Nik Aziz Takut Berkata Benar

KUALA LUMPUR – 3 Ogos –  Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat tidak perlu berdolak dalik berhubung pendedahan mengenai pertemuannya dengan Alhli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah seperti yang dilaporkan media massa.
Penolong Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar berkata tindakan yang dilakukan oleh Nik Aziz dengan memperlekehkan pendedahan itu adalah untuk menyembunyikan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada pakatan pembangkang.
“Sebagai seorang yang disegani  dan dianggap sebagai tokoh agama dan ulama, Nik Aziz perlu menunjukkan contoh yang baik, bukannya cuba mengelak kebenaran yang didedahkan, dan tidak menjadi satu kesalahan jika benar dia bertemu dengan Tengku Razaleigh.
“Mengaku sajalah jika perkara itu benar berlaku, kalau tidak Nik Aziz boleh menyaman mereka yang membuat cerita kerana membuat pembohongan, seperti mana yang sering dilakukan oleh oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim,” katanya kepada UMNO-Online.
Rosni berkata, pendedahan mengenai pertemuan itu bukanlah itu perkara yang mengejutkan kerana pakatan pembangkang terutamanya Pas dan DAP terpaksa memikirkan untuk mencari seorang pemimpin penganti yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak berikutan masalah yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Walaupun Pas dan DAP adalah rakan karib, mereka sebenarnya tidak boleh duduk semeja, mereka sebenarnya tidak bersependapat dalam banyak perkara, apa yang dilakukan oleh kedua-duanya sekarang hanyalah wayang untuk mengaburi mata rakyat.
“Untuk itu, pemimpin pakatan pembangkang terpaksa mencari jalan memilih tokoh baru menerajui pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum nanti dan setakat ini yang mereka nampak hanyalah Tengku Razaleigh,” katanya.
Menurutnya, Tengku Razaleigh menjadi pilihan kerana beliau seorang yang dikenali dan mempunyai pengaruh politik tersendiri berdasarkan apa yang pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air.
“Tengku Razaleigh menjadi pilihan kerana pengaruhnya, dan mereka menganggap dengan pemilihan itu adalah tepat kerana secara tidak langsung dapat membawa penyokongnya untuk bersama dalam pakatan pembangkang.
“Walau apa pun, saya berkeyakinan bahawa Tengku Razaleigh tidak akan menerima pelawaan itu kerana menyedari niat sebenar pembangkang yang hanya ingin menumpaskan Barisan Nasional  dan bukannya memperjuangkan nasib rakyat,” katanya.

Apabila Melayu Tidak Mahu Bela Bangsanya - Salleh Majid


“Saya dan isteri ingin menghadiri majlis konvokesyen anak kami di United Kingdom, jadi kalau saudara ingin saya luluskan overdraf ini, kenalah saudara bagi bahagian perbelanjaan untuk dua orang ke London,” begitulah bunyi kata-kata seorang pengurus bank cawangan yang saya berurusan dulu.
Ketika itu saya perlu menghantar wang pengajian untuk anak saya di Amerika Syarikat yang tiada biasiswa. Tanpa segan silu pengurus bank itu melakukan rasuah. Begitulah keadaannya sekarang dengan rasuah.
Orang Melayu tidak lagi segan silu melakukan atau menerima rasuah. Ramai orang sedar rasuah di negara kita tetapi tidak mahu bercakap tentangnya.
Macam juga pelacuran yang berleluasa. Diserbu berpuluh kali sekali pun bapak-bapak ayam akan terus menjalankan urusan mereka. Sebelum diserbu mereka sudah tahu.
Kita melihat mereka yang dituduh melakukan rasuah kebanyakannya orang Melayu dan ada yang berpangkat tinggi dalam kerajaan.
Sikap ingin mencari jalan pintas kekayaan ini memang jelas kerana “kalau saya tak lakukan orang lain pun akan lakukan” menjadi sikap utama mereka ini. Kalau kos projek digandakan sudah menjadi lumrah.
Seperkara lagi yang kerap juga berlaku kepada mereka yang menghantar cadangan projek mereka “diculik” oleh orang lain termasuk di peringkat atasan.Telan sajalah air liur.
Pada bulan Ramadan, kita tahu ketua-ketua industri akan menghilangkan diri kerana mereka akan dikepung untuk mendapatkan duit raya yang bukan sikit-sikit. Tengok pangkat orang yang meminta. Jadi ramailah kapten industri ini yang pergi melakukan umrah di bulan puasa.
Pada bulan Ramadan juga orang Melayu berpusu-pusu berbuka puasa di hotel-hotel yang tidak tentu halal haramnya. Diberitakan daripada 2,000 hotel di bandar raya Kuala Lumpur, hanya dua peratus (2%) saja yang diberi taraf halal oleh Jakim — bermakna hanya empat hotel saja yang halal.
Tapi orang Melayu tak kira itu semua. Janji seronok walaupun kena bayar berpuluh-puluh ringgit. Kedai mamak dan kopitiam pun tak dijamin halalnya.
Seperkara lagi pada Ramadan ini maka keluarlah kelulusan untuk berniaga gerai di merata tempat. Semua orang tahu ada yang dapat kebenaran menjalankan warung menjual permit berniaga kepada orang lain untuk membuat untung. Yang asal RM200 boleh jadi RM20,000 dan ramai yang juga sanggup kerana pendapatan satu bulan di bulan puasa boleh mengatasi pendapatan 11 bulan yang lain.
Begitulah juga keadaannya dengan lain-lain lesen yang diberikan kepada orang Melayu. Contohnya di pasar Chow Kit kita tahu yang mengendalikan gerai-gerai di situ semuanya orang asing sedangkan lesen dikeluarkan kepada orang Melayu sini.
Kalau ada pemeriksaan, tuan punya akan mengaku yang berjual itu pekerja mereka. Semuanya hendak mencari jalan pintas untuk kaya cepat.
Terbaru, Timbalan Perdana Menteri mengatakan pasar tersebut akan dibangunkan semula. Patut pun selepas lebih 50 tahun keadaan kotor dan serabut pasar tersebut dibersihkan.
Tahun 1994 dulu, 100 lesen untuk pengurusan aset dikeluarkan. Modal berbayar diperlukan ialah RM2 juta. Ramai yang belum mula operasi pun sudah hendak menjual lesen mereka dengan syarikat sekali berkali ganda pula walaupun sehari pun belum beroperasi.
Sejak kejayaan Dasar Ekonomi Baru menaikkan taraf orang Melayu kepada kelas menengah, maka ramailah anak Melayu yang berpeluang mendapat pengajian tinggi di luar negara dan ramailah yang menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan dalam swasta.
Yang peliknya ada sesetengah daripada mereka ini sudah menganggap membela orang Melayu sudah tidak lagi fashionable baik dalam sektor awam mahupun sektor swasta.
Rata-rata apabila ada perjumpaan atau majlis makan malam di kalangan orang bukan Melayu dan orang asing, mereka akan mengatakan penghalang kepada usaha pentadbiran Najib untuk melakukan transformasi ialah tuntutan orang Melayu oleh kumpulan tertentu.
Mereka lupa kalau dikira perbelanjaan untuk Rancangan Malaysia Pertama sehingga Kesembilan tiap-tiap satu sebanyak RM200 juta darab untuk 9 kali maka berjumlah RM1.8 trilion. Siapa yang meraih keuntungan daripada jumlah tersebut, tentu sekali bukan orang Melayu. Hak milik saham pun setakat 21.8 peratus saja.
Sedar tak sedar tanah milik Melayu pun berkurangan. Di pihak kerajaan negeri misalnya banyak usahasama dengan bukan Melayu dilakukan untuk memajukan sesuatu kawasan yang bernilai tinggi.
Apabila perumahan siap, yang membeli dan menduduki pangsapuri atau rumah tersebut bukannya orang Melayu kerana orang Melayu tidak mampu membeli rumah tersebut kerana mahal. Jadi tanah yang dulunya milik kerajaan kini dimiliki oleh individu bukan Melayu.
Tanah milik Melayu diberikan status tanah rizab Melayu dan nilainya lebih rendah daripada tanah bukan Melayu. Kalau dimajukan orang Melayu akan mendapat nilai yang lebih rendah.
Tetapi jangan hairanlah kalau tanah rizab Melayu atau tanah khas untuk orang Melayu boleh jatuh ke tangan orang bukan Melayu seperti di Kelantan yang dulunya ketat dengan undang-undang menjual tanah kepada bukan Melayu.
Di mana-mana kawasan yang telah digariskan sebagai kawasan pembangunan ekonomi serantau, nilai tanah sekeliling kawasan pembangunan tersebut seperti Iskandar dengan sendirinya akan naik. Maka orang Melayu yang milik tanah di kawasan tersebut akan menjual tanah mereka. Inilah keadaan yang berlaku sekarang.
Sepatutnya suatu pangkalan maklumat yang kerap dikemaskinikan tentang tanah milik Melayu seluruh negara ini perlu diwujudkan supaya jangan sampai tergadai tanah Melayu. Kalau orang Melayu hendak menjual tanah mereka, biarlah yang membelinya orang Melayu.
Orang Melayu yang kaya raya patut mempertahankan tanah orang Melayu ini. Jangan pula orang bukan Melayu guna orang Melayu. Itu namanya tidak bermaruah. — Utusan Malaysia
* Datuk Salleh Majid ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Kek Lapis Mungkin Tidak Halal

KUCHING, 3 Ogos  Pengusaha kek lapis yang pernah menggunakan mentega "Golden Churn Creamy Butter" yang kini didapati mengandungi DNA babi perlu membersihkan peralatan membuat kek tersebut mengikut kaedah Islam.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata pembersihan tersebut atau "menyamak" perlu dilakukan bagi memastikan produk tersebut selepas ini halal dari peringkat pembuatan sehingga dijual ke pasaran terbuka.

"Sekarang sudah sah mentega itu haram. Sesiapa yang pernah menggunakannya perlu samak segala peralatan yang pernah digunakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) berjumlah RM51,28 kepada 35 penerima di sini hari ini.

Beliau berkata bagi kek lapis yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), pengusahanya tidak perlu menggunakan kaedah pembersihan tersebut.

Daud berkata pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Sarawak telah diminta supaya menarik balik iklan yang diletakkan  oleh premis perniagaan yang memberi jaminan bahawa produk mentega tersebut adalah halal.

Sementara itu Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS) mahu mendapat penjelasan lebih terperinci daripada JAIS mengenai kaedah samak tersebut.

Presidennya Rabiah Amit berkata penjelasan tersebut adalah perlu memandangkan penggunaan produk itu bukan sahaja digunakan untuk tujuan komersial tetapi juga untuk persendirian sejak dari dahulu lagi.

"Kita (PPKLS) telah lama tidak menggunakan produk tersebut dan telah guna produk lain, namun macam mana dengan pengguna persendirian yang lain.

Adakah mereka perlu samak peralatan mereka memandangkan produk tersebut digunakan
majoriti umat Islam di negeri ini," katanya. Bernama

Tuesday 2 August 2011

Perubahan Makan Diri - Suraya

RAKYAT Kedah perlu menyedari perubahan yang dipinta akhirnya memakan diri kerana sejak negeri itu diperintah Pas, tiada sebarang perubahan sama ada  pembangunan atau ekonomi mahupun kesejahteraan.
Adun Sungai Tiang, Suraya Yaacob berkata perubahan yang berlaku di Kedah amat menyedihkan, bukan sahaja membabitkan kemudahan awam malah pentadbiran negeri turut mengalaminya.
“Bukan sahaja tiada pembangunan, malah pengurusan pentadbiran pihak berkuasa tempatan juga turut mengalami perubahan sehingga menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat.
“Perkara ini bukanlah suatu yang baru, sejak negeri ini ditadbir oleh Pas, macam-macam masalah yang berlaku, rakyat terpaksa melalui semua perkara ini kerana kegagalan pentadbiran mereka,” katanya kepada UMNO-Online,
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keluhan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan negeri kerana tidak melakukan bawa sebarang perubahan sejak mentadbir negeri berkenaan.
Suraya yang juga Exco Pergerakan Wanita berkata apa yang diperkatakan itu bukan perkara baru, malah permasalahan sebegitu sudah lama dilaporkan termasuk melalui pihak media tetapi tiada tindakan diambil.
“Rakyat Kedah perlu menerima hakikat,  perubahan yang mereka pinta lebih banyak memberi kesulitan dan kesusahan, bukannya kesenangan, Yang menjadi mangsa adalah rakyat sendiri.
“Tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kerajaan negeri sejak mengambil alih Kedah, bina masjid pun turut dibantu oleh kerajaan pusat (Barisan Nasional),” katanya.
Menurutnya, berikutan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat, ada di kalangan mereka yang terpaksa menggunakan media untuk meluahkan masalah serta kesulitan dihadapi.
“Perubahan paling ketara di Kedah apabila jumlah pusat hiburan semakin bertambah, kita boleh lihat pusat karaoke dan rumah urut bercambah seperti cendawan tumbuh, itulah perubahan yang mereka buat,” katanya.
Adalah suatu yang memalukan, kerajaan negeri yang kononnya mengamalkan pentadbiran berlandaskan Islam tetapi jumlah pusat hiburan semakin bertambah.-MediaUMNO
Undi Melayu, Strategi DAP Jadi PM – Nolee Ashilin

KESUNGGUHAN an kerakusan DAP untuk menjadi pemimpin utama negara dan negeri semakin terserlah apabila mereka kini mula memberi tumpuan di kawasan yang majoriti pengundinya orang Melayu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi menyifatkan apa yang berlaku itu membuktikan DAP sebenarnya memang mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan terpaksa menggunakan pendekatan sendiri dan tanpa mengharap bantuan rakan sekutu mereka, Pas dan PKR.
Menurutnya, jika benar mempercayai Pas dan PKR, DAP tidak akan menceroboh kawasan yang sememang-memang hak milik Pas dan PKR, tetapi pembukaan cawangan DAP di kawasan majoriti Melayu membuktikan memang benar mereka tidak boleh bergantung harap kepada kedua-dua parti itu.
“Tindakan DAP itu membuktikan mereka mempunyai strategi politik tersendiri untuk memastikan mereka boleh menjadi pemimpin nombor satu sama ada di peringkat negeri atau negara tanpa bantuan parti lain. Mereka ingin memastikan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.
“Mereka ini belajar daripada apa yang berlaku di Perak dahulu, mereka terpaksa serahkan jawatan menteri besar kepada Pas kerana mereka tiada wakil rakyat Melayu, sebab itulah DAP kini mencari orang Melayu untuk dijadikan calonnya pada pilihan raya akan datang.
“Untuk jadi Perdana Menteri sesiapa sahaja boleh jadi, tak semestinya orang Melayu, apa yang penting menguasai di peringkat negeri dan parlimen,” katanya kepada UMNO-online.
Nolee berkata,  Adun Pas (Mohamad Nizar Jamaluddin) yang diliantik sebagai Menteri Besar hanyalah boneka kepada DAP kerana beliau ditunjuk arah oleh Pengerusi DAP Perak,Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya Ngor Kor Meng. Walau bagaimanapun, DAP masih tidak berpuas hati kerana tidak mempunyai kuasa sepenuhnya dalam menentukan pentadbiran negeri.
“Seperti kita ketahui, Nizar boneka DAP  tetapi DAP tidak boleh berkuasa sepenuhnya, Nizar kena rujuk dengan Pas pusat untuk dapatkan  pandangan, sebab itu DAP tak puas hati, mereka nak perintah sendiri senang nak buat apa-apa di Perak, tengok apa berlaku apabila mereka perintah sekejap, tak tahulah kalau mereka ada kuasa nanti.
“Perkembangan politik terkini seperti apa yang berlaku di Kedah baru-baru ini (larangan pembukaan pusat hiburan di bulan Ramadan) mencemaskan DAP, orang Cina di Kedah marah, sehingga DAP terpaksa memberi kata dua kepada Pas supaya menarik balik larangan berkenaan,
“Akhirnya Pas tunduk, DAP berjaya menunjukkan dia berkuasa, Pas tunduk kerana takut hilang kuasa, Pas kini bergantung harap kepada DAP untuk dapat undi dari bukan Melayu,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan kepada apa yang dilakukan DAP membuktikan mereka sebenarnya mempunyai cita-cita besar untuk menjadi pemimpin utama di negara ini dan berkeyakinan hasrat itu mampu dicapai dengan bantuan Pas dan PKR.
Katanya, adalah tidak mustahil suatu hari nanti DAP akan membeli pemimpin-pemimpin Pas dan PKR untuk merealisasikan cita-cita mereka kerana kepercayaan mereka terhadap rakan kongsi dalam pakatan pembangkang telah pudar.
“DAP sebenarnya memang tidak pernah berharap kepada Pas dan PKR, mereka hanya mempergunakan kedua-duanya untuk kepentingan mereka dan tidak mustahil DAP akan berjuang bersendirian.
“Pas dan PKR  tidak boleh dijadikan sandaran kerana kedua-dua parti itu terutamanya Pas sering tidak bersefahaman dengan DAP, manakala PKR mengalami masalah personaliti di kalangan pemimpin mereka yang boleh menyebabkan hilang sokongan kepada pakatan pembangkang,” katanya