Pages

Wednesday 3 August 2011

Nik Aziz Takut Berkata Benar

KUALA LUMPUR – 3 Ogos –  Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat tidak perlu berdolak dalik berhubung pendedahan mengenai pertemuannya dengan Alhli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah seperti yang dilaporkan media massa.
Penolong Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar berkata tindakan yang dilakukan oleh Nik Aziz dengan memperlekehkan pendedahan itu adalah untuk menyembunyikan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada pakatan pembangkang.
“Sebagai seorang yang disegani  dan dianggap sebagai tokoh agama dan ulama, Nik Aziz perlu menunjukkan contoh yang baik, bukannya cuba mengelak kebenaran yang didedahkan, dan tidak menjadi satu kesalahan jika benar dia bertemu dengan Tengku Razaleigh.
“Mengaku sajalah jika perkara itu benar berlaku, kalau tidak Nik Aziz boleh menyaman mereka yang membuat cerita kerana membuat pembohongan, seperti mana yang sering dilakukan oleh oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim,” katanya kepada UMNO-Online.
Rosni berkata, pendedahan mengenai pertemuan itu bukanlah itu perkara yang mengejutkan kerana pakatan pembangkang terutamanya Pas dan DAP terpaksa memikirkan untuk mencari seorang pemimpin penganti yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak berikutan masalah yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Walaupun Pas dan DAP adalah rakan karib, mereka sebenarnya tidak boleh duduk semeja, mereka sebenarnya tidak bersependapat dalam banyak perkara, apa yang dilakukan oleh kedua-duanya sekarang hanyalah wayang untuk mengaburi mata rakyat.
“Untuk itu, pemimpin pakatan pembangkang terpaksa mencari jalan memilih tokoh baru menerajui pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum nanti dan setakat ini yang mereka nampak hanyalah Tengku Razaleigh,” katanya.
Menurutnya, Tengku Razaleigh menjadi pilihan kerana beliau seorang yang dikenali dan mempunyai pengaruh politik tersendiri berdasarkan apa yang pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air.
“Tengku Razaleigh menjadi pilihan kerana pengaruhnya, dan mereka menganggap dengan pemilihan itu adalah tepat kerana secara tidak langsung dapat membawa penyokongnya untuk bersama dalam pakatan pembangkang.
“Walau apa pun, saya berkeyakinan bahawa Tengku Razaleigh tidak akan menerima pelawaan itu kerana menyedari niat sebenar pembangkang yang hanya ingin menumpaskan Barisan Nasional  dan bukannya memperjuangkan nasib rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment