Pages

Tuesday 2 August 2011

Undi Melayu, Strategi DAP Jadi PM – Nolee Ashilin

KESUNGGUHAN an kerakusan DAP untuk menjadi pemimpin utama negara dan negeri semakin terserlah apabila mereka kini mula memberi tumpuan di kawasan yang majoriti pengundinya orang Melayu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi menyifatkan apa yang berlaku itu membuktikan DAP sebenarnya memang mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan terpaksa menggunakan pendekatan sendiri dan tanpa mengharap bantuan rakan sekutu mereka, Pas dan PKR.
Menurutnya, jika benar mempercayai Pas dan PKR, DAP tidak akan menceroboh kawasan yang sememang-memang hak milik Pas dan PKR, tetapi pembukaan cawangan DAP di kawasan majoriti Melayu membuktikan memang benar mereka tidak boleh bergantung harap kepada kedua-dua parti itu.
“Tindakan DAP itu membuktikan mereka mempunyai strategi politik tersendiri untuk memastikan mereka boleh menjadi pemimpin nombor satu sama ada di peringkat negeri atau negara tanpa bantuan parti lain. Mereka ingin memastikan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.
“Mereka ini belajar daripada apa yang berlaku di Perak dahulu, mereka terpaksa serahkan jawatan menteri besar kepada Pas kerana mereka tiada wakil rakyat Melayu, sebab itulah DAP kini mencari orang Melayu untuk dijadikan calonnya pada pilihan raya akan datang.
“Untuk jadi Perdana Menteri sesiapa sahaja boleh jadi, tak semestinya orang Melayu, apa yang penting menguasai di peringkat negeri dan parlimen,” katanya kepada UMNO-online.
Nolee berkata,  Adun Pas (Mohamad Nizar Jamaluddin) yang diliantik sebagai Menteri Besar hanyalah boneka kepada DAP kerana beliau ditunjuk arah oleh Pengerusi DAP Perak,Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya Ngor Kor Meng. Walau bagaimanapun, DAP masih tidak berpuas hati kerana tidak mempunyai kuasa sepenuhnya dalam menentukan pentadbiran negeri.
“Seperti kita ketahui, Nizar boneka DAP  tetapi DAP tidak boleh berkuasa sepenuhnya, Nizar kena rujuk dengan Pas pusat untuk dapatkan  pandangan, sebab itu DAP tak puas hati, mereka nak perintah sendiri senang nak buat apa-apa di Perak, tengok apa berlaku apabila mereka perintah sekejap, tak tahulah kalau mereka ada kuasa nanti.
“Perkembangan politik terkini seperti apa yang berlaku di Kedah baru-baru ini (larangan pembukaan pusat hiburan di bulan Ramadan) mencemaskan DAP, orang Cina di Kedah marah, sehingga DAP terpaksa memberi kata dua kepada Pas supaya menarik balik larangan berkenaan,
“Akhirnya Pas tunduk, DAP berjaya menunjukkan dia berkuasa, Pas tunduk kerana takut hilang kuasa, Pas kini bergantung harap kepada DAP untuk dapat undi dari bukan Melayu,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan kepada apa yang dilakukan DAP membuktikan mereka sebenarnya mempunyai cita-cita besar untuk menjadi pemimpin utama di negara ini dan berkeyakinan hasrat itu mampu dicapai dengan bantuan Pas dan PKR.
Katanya, adalah tidak mustahil suatu hari nanti DAP akan membeli pemimpin-pemimpin Pas dan PKR untuk merealisasikan cita-cita mereka kerana kepercayaan mereka terhadap rakan kongsi dalam pakatan pembangkang telah pudar.
“DAP sebenarnya memang tidak pernah berharap kepada Pas dan PKR, mereka hanya mempergunakan kedua-duanya untuk kepentingan mereka dan tidak mustahil DAP akan berjuang bersendirian.
“Pas dan PKR  tidak boleh dijadikan sandaran kerana kedua-dua parti itu terutamanya Pas sering tidak bersefahaman dengan DAP, manakala PKR mengalami masalah personaliti di kalangan pemimpin mereka yang boleh menyebabkan hilang sokongan kepada pakatan pembangkang,” katanya

No comments:

Post a Comment