Pages

Tuesday 2 August 2011

Perubahan Makan Diri - Suraya

RAKYAT Kedah perlu menyedari perubahan yang dipinta akhirnya memakan diri kerana sejak negeri itu diperintah Pas, tiada sebarang perubahan sama ada  pembangunan atau ekonomi mahupun kesejahteraan.
Adun Sungai Tiang, Suraya Yaacob berkata perubahan yang berlaku di Kedah amat menyedihkan, bukan sahaja membabitkan kemudahan awam malah pentadbiran negeri turut mengalaminya.
“Bukan sahaja tiada pembangunan, malah pengurusan pentadbiran pihak berkuasa tempatan juga turut mengalami perubahan sehingga menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat.
“Perkara ini bukanlah suatu yang baru, sejak negeri ini ditadbir oleh Pas, macam-macam masalah yang berlaku, rakyat terpaksa melalui semua perkara ini kerana kegagalan pentadbiran mereka,” katanya kepada UMNO-Online,
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keluhan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan negeri kerana tidak melakukan bawa sebarang perubahan sejak mentadbir negeri berkenaan.
Suraya yang juga Exco Pergerakan Wanita berkata apa yang diperkatakan itu bukan perkara baru, malah permasalahan sebegitu sudah lama dilaporkan termasuk melalui pihak media tetapi tiada tindakan diambil.
“Rakyat Kedah perlu menerima hakikat,  perubahan yang mereka pinta lebih banyak memberi kesulitan dan kesusahan, bukannya kesenangan, Yang menjadi mangsa adalah rakyat sendiri.
“Tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kerajaan negeri sejak mengambil alih Kedah, bina masjid pun turut dibantu oleh kerajaan pusat (Barisan Nasional),” katanya.
Menurutnya, berikutan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat, ada di kalangan mereka yang terpaksa menggunakan media untuk meluahkan masalah serta kesulitan dihadapi.
“Perubahan paling ketara di Kedah apabila jumlah pusat hiburan semakin bertambah, kita boleh lihat pusat karaoke dan rumah urut bercambah seperti cendawan tumbuh, itulah perubahan yang mereka buat,” katanya.
Adalah suatu yang memalukan, kerajaan negeri yang kononnya mengamalkan pentadbiran berlandaskan Islam tetapi jumlah pusat hiburan semakin bertambah.-MediaUMNO

No comments:

Post a Comment