Pages

Thursday 4 August 2011

Pemurah Bawa Punah

PENDEDAHAN Utusan Malaysia kegiatan pihak tertentu mempergunakan anak yatim sebagai ‘peminta sedekah’ perlu diberi perhatian terutamanya ketika bulan Ramadan ini, sememangnya bulan Ramadan umat Islam digalakkan berseddekah tetapi pasti sedekah itu sampai kepada yang memerlukan.

Ungkapan yang sering digunakan kepada kita ketika meminta sedekah adalah “bang nak seringgit, nak makan” cuba nada bayangkan kalau dia bertemu dengan 1,000 dengan ungkapan yang sama.

Memang seringgit tidak mempunyai nilai yang besar, tetapi seringgit itu mampu menjadi manusia terus melakukan kerja terkutuk dengan mempergunakan orang lain terutamanya kanak-kanak untuk mengemis.

Kejadian yang tak dipercayai apabila mengekori seorang pengemis yang menggunakan kanak-kanak `bank in’ duit kutipan kira-kira RM1,800 hasil kutipan separuh hari selepas beroperasi di sebuah masjid selepas solat  Jumaat.

Bukan cemburu dengan apa yang diperolehi tetapi sakit mata apabila golongan ini semakin ramai, di manakah pihak berkuasa untuk membenteras masalah ini, apa yang berlaku mereka ini bekerja hangat-hangat taik ayam.

Kita tak mahu perbuatan segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab menjadi satu industri yang boleh mengamcam keselesaan, kestabilan dan keharmonian hidup yang kita nikmati atas kemakmuran yang dikecapi.

Kepada yang bertanggungjawa, terutamanya Pak Menteri dan Ibu Menteri lakukan tindakan jangan hanya asyik membuat statement tapi tiada tindakan, jangan jadi Menteri Statement.

No comments:

Post a Comment